Sabitan Syiqaq

Berbeza dengan perbicaraan lain bagi permohonan cerai di Mahkamah Syariah, dalam menggunakan proses Hakam, sabitan syiqaq adalah keperluan yang akan diberi perhatian oleh Mahkamah.

Syiqaq bermaksud dari segi bahasa adalah "pertengkaran" "pergaduhan" "pertelingkahan". Manakala dari sudut istilah hukum syarak adalah bermaksud pertelingkahan yang tidak dapat diselesaikan lagi antara suami dan isteri yang menyebabkan keduanya tidak dapat hidup bersama menjalankan tanggungjawab dan saling menghormati antara satu sama lain.

Syiqaq dalam perkahwinan berlaku dalam keadaan berikut:-

a. Perkelahian yang kerap antara suami dan isteri dengan sebab-

i. Nusyuz dari seorang isteri.
ii. Kezaliman yang dilakukan oleh suami terhadap isteri.
iii. Ketidaktentuan siapa yang benar antara kedua-duanya.
iv. Salah seorang isteri atau suami yang berdusta atau menuntut sesuatu yang bukan hak.

b. Perkelahian yang kerap antara suami dan isteri sehingga menimbulkan kesukaran menjalankan tanggungjawab masing-masing. Saling tuduh menuduh tidak menjalankan hak dan tanggungjawab.

c. Suami atau isteri saling tuduh menuduh mempunyai hubungan yang melampaui Hukum Syarak dengan perempuan atau lelaki lain.

d. Perkelahian yang kerap hingga berlaku pukul memukul.

e. Suami atau isteri telah meninggalkan rumah kediaman, tidak tinggal bersama.

f. Perkelahian antara suami isteri yang menyebabkan pengabaian terhadap anak-anak mereka.

g. Kegagalan isteri dalam permohonan cerai oleh sebab kegagalan pembuktian semasa perbicaraan di Mahkamah Syariah.

h. Apa-apa tindakan lain yang boleh menyebabkan dharar syarie terhadap suami atau Isteri.





No comments:

Post a Comment