Bab 1

Pada tahun 2004, proses hakam di Mahkamah Syariah Selangor telah dilaksanakan. Pegawai Sulh pada ketika itu dipertanggngjawabkan dengan bebanan tugas sebagai Hakam untuk mengendalikan majlis tahkim.

Oleh kerana punca kuasa undang-undang untuk melaksanakan hakam terdapat hanya di bawah seksyen 48 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor, maka pelaksanaannya tidak sistematik.

Walaupun pada ketika itu Negeri Selangor satu-satunya negeri yang mempraktikkan proses hakam, namun dari masa kesemasa Mahkamah Syariah Selangor dapat mempelajari dari pengalaman dan memperbaiki kelemahan yang ada.

Sehinggalah pada tahun 2014 Kaedah-kaedah Hakam wujud, maka proses keadilan dengan pendekatan baru ini dilihat sebagai jalan penyelesaian yang lebih praktikal untuk keadilan.

No comments:

Post a Comment