Biodata Penulis

Dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor dan dibesarkan di sebuah Tanah Rancangan Felda, Keratong 9, Pahang. Mendapat pendidikan pertama asas Pendidikan Islam di Tadika Islam Kampung Maxwell, Kuala Lumpur pada tahun 1983. Memasuki persekolahan dasar, rendah kebangsaan di Sekolah Rendah Kebangsaan Perantau Damai pada tahun 1984 sehingga 1989.

Minat yang mendalam dalam bidang agama, penulis memilih Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Pahang dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. 

Kemudian meneruskan pengajian peringkat Diploma Syariah dan Undang-undang Perbandingan di Kolej Islam Pahang pada 1996-1999. (Sekarang dikenali sebagai KUIPSAS, Koleh Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah).

Penulis meneruskan pengajian di Peringkat Ijazah Sarjana Muda, Pengajian Islam Undang-Undang Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, pada tahun 1999-2002. Dalam tempoh yang sama Penulis juga mengambil pengajian Ikhtisas Kehakiman Islam (UKM) peringkat Diploma kedua.

Meneruskan minat yang mendalam dalam perundangan Syariah, dan beramal sebagai Peguam Syarie, Penulis mendapatkan Sijil Amalan Peguam Syarie di dua buah negeri iaitu Pahang dan Negeri Sembilan.

Pada tahun 2004, diterima sebagai Penjawat Awam dan berkhidmat di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor sehingga tahun 2007. Kemudia berkhidmat sebagai Peguam Syarie Jabatan Bantuan Guaman di Johor Bahru pada tahun 2007 sehingga 2010. 

Menjawat jawatan sebagai Pegawai Penyelidik di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada tahun 2010 sehingga 2012 dan kini sebagai Pegawai Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

1 comment:

  1. sangat susah nak dapat imformasi berkaitan proses berkaitan perceraian . Blog ni sangat membantu. Teruskan Tuan

    ReplyDelete